GUA MUSANG: Seorang pekerja ladang maut dipercayai digilis traktor semasa sedang memunggah buah sawit di Ladang Aring 5, di sini pada Sabtu.
Kejadian pada jam 3 petang itu dikatakan berpunca daripada kegagalan menarik brek tangan pada kenderaan tersebut sehingga meragut nyawa lelaki warga Thailand yang berusia 36 tahun.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan terbabit berlaku ketika mangsa sedang bekerja memunggah buah sawit di hadapan traktor tersebut.
"Secara tiba-tiba traktor itu bergerak ke hadapan dipercayai akibat brek tangan tidak ditarik dengan sempurna dan terus melanggar mangsa.
"Lelaki berkenaan tercampak ke hadapan dan akibat faktor jalan yang menuruni bukit, mangsa kemudiannya digilis oleh traktor berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Menurut beliau, pada ketika itu mangsa masih sedarkan diri di lokasi kemalangan.
Ujarnya, lelaki berkenaan kemudian dibawa ke pejabat ladang untuk diselamatkan namun meninggal dunia di sana.
Choon Foo memberitahu, jenazah mangsa kemudian dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.
"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubungi talian 09-9121222 atau 017-2830392. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 17 2024
Kejadian pada jam 3 petang itu dikatakan berpunca daripada kegagalan menarik brek tangan pada kenderaan tersebut. -Foto Sinar Harian
Isteri, anak nelayan lemas terima faedah Perkeso
Balu dan empat anak nelayan yang ditemui lemas ketika mencari rezeki di laut di Pulau Pinang pada 35 April lalu mendapat faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pekerja ladang digilis treler selepas tikam pengawal keselamatan
Insiden itu berlaku kira-kira jam 3.45 pagi dipercayai kerana suspek berusia 23 tahun itu enggan mengikut arahan mangsa supaya pulang ke rumah kongsinya.
Empat warga Pakistan belasah pemandu kereta direman
Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 24 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Majistret T Ashvinii.
Pekerja ladang maut digilis traktor
Kejadian pada jam 3 petang itu dikatakan berpunca daripada kegagalan menarik brek tangan pada kenderaan tersebut sehingga meragut nyawa lelaki warga Thailand yang berusia 36 tahun.
Pekerja ladang warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang pekerja ladang warga Myanmar maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakannya di sebuah ladang tembikai di Kuala Ketil.
Pekerja ladang penggal kepala rakan sekerja terlepas tali gantung, dipenjara 35 tahun
Hukuman mati ke atas seorang bekas pekerja ladang kelapa sawit yang memenggal kepala rakan sekerjanya bagi mendapatkan tengkorak lelaki itu sebagai satu bahan ritual untuk mendapatkan kemenangan loter
Pekerja ladang terjatuh parit ditemukan lemas
Pekerja ladang yang didakwa terjatuh ke dalam parit di ladang kelapa sawit di Sungai Bebar Utara, Pekan, semalam, ditemukan lemas hari ini.
Gempur penempatan pekerja ladang, 51 PATI ditahan
Semua PATI warga Myanmar, Bangladesh dan Indonesia berusia antara 17 hingga 50-an ditahan dalam operasi selama kira-kira tiga jam.
Pekerja ladang maut dilanyak gajah
Seorang pekerja ladang maut dipercayai dilanyak oleh seekor gajah dalam kejadian di Ladang Upayapadu, Sungai Bayu di sini pada Isnin.
Pekerja ladang disyaki dibaham buaya
Seorang pekerja ladang kelapa sawit hilang disyaki dibaham buaya ketika memasang pukat di Sungai Silabukan pada pagi Ahad.
Pekerja ladang maut digilis traktor
Seorang lelaki warga Indonesia maut digilis traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Ladang Serasa, Sungai Bayu, Gua Musang dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari semalam.